Wednesday, March 16, 2011

"BERSEDIAKAH MALAYSIA?"

Saya terpanggil untuk mengulas rencana oleh Noraini Abd Razak (pengarang@utusan.com.my) yang disiarkan melalui blog Minda Pertahanan. Rasa saya sudah ramai yang menulis mengenai perkara ini. Walaupun, menggunakan tajuk-tajuk yang berbeza isu yang cuba diketengahkan oleh para penulis ini menjurus kepada persoalan mengenai “military balance” antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Singapura (ATS) dan kesan dari ketidak seimbangan kekuatan tentera kedua buah negara itu ke atas Malaysia sekiranya berlaku peperangan terbuka diantara kedua dua negara. Noraini Abd Razak menerusi rencananya bertajuk “Bersediakah Malaysia?” tidak terkecuali dari membincangkan perkara yang sama.

Saya kurang faham rasional disebalik keghairahan pemerhati-pemerhati pertahanan dan politik di negara ini yang gemar membuat perbandingan sedemikian seolah-olah mahu menjadikan ATS sebagai tanda aras (benchmark) kepada pembangunan ATM. Jika inilah yang bermain difikiran para pengkritik berkenaan, secara kita sedar ataupun tidak, kita akan menggalakkan kepada berlakunya “perlumbaan kuasa” diantara kedua buah negara. Menteri Pertahahan pernah menyatakan beberapa bulan lalu bahawa apa yang dilakukan dewasa ini adalah semata-mata bertujuan untuk pembangunan dan pemodenan ATM, jauh sekali dari cuba untuk mencetuskan “perlumbaan kuasa” di rantau ini. Manakala, beberapa minggu lalu melalui rencananya bertajuk “Rahsia Negara Tanggungjawab Bersama” Panglima Angkatan Tentera (PAT) turut menekankan bahawa pembangunan dan pemodenan ATM kini adalah berdasarkan kepada keupayaan (capability-based) dan tidak lagi berdasarkan kepada ancaman (threat-based) kerana dengan cara ini ATM mampu untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi ancaman yang lebih meluas (multi spectrum) dengan kos yang lebih rendah.

Cara bagaimana Singapura membangunkan angkatan tenteranya adalah menjadi urusannya dan begitu juga dengan Malaysia. Masing-masing negara mempunyai asas pertimbangan yang difikirkan wajar oleh mereka untuk berbuat sedemikian. Tentunya pembangunan angkatan tentera oleh kedua negara itu antara lainnya didasarkan kepada persepsi ancaman oleh para pemimpin negara masing-masing.

Jika kita berpeluang membaca Kertas Putih mengenai Dasar Pertahanan Singapura sudah pasti kita akan faham tentang latarbelakang wujudnya teori “mentaliti terkepong” (siege mentality) yang mendasari pembangunan ATS yang diibaratkan sebagai “poisonous shrimp” oleh para pemimpin mereka. Persepsi ancaman kita berbeza dengan Singapura. Sila rujuk Bab 2 (mengenai Perspektif Strategik Serantau) dan seterusnya keseluruhan isi kandungan kepada Kertas Putih mengenai Dasar Pertahanan Negara Malaysia dan kita akan faham pendekatan yang kita ambil dalam urusan pertahanan negara.

Faktor angkatan tentera adalah salah satu faktor yang perlu dikaji dalam membuat perkiraan (appreciation) tentang kekuatan atau kelemahan sesebuah negara. Dalam bidang strategi ketenteraan terdapat 6 atau 7 faktor lain yang perlu diambil kira. Namun, jika sekiranya faktor angkatan tentera diberikan keutamaan, “military balance” atau “relative strength” antara negara yang dibuat kajian bukanlah sesuatu yang muktamad. Ini merupakan faktor-faktor “tangible” yang boleh ditimbang dan diukur.Tetapi kita juga perlu ambil kira faktor-faktor “intangible’ yang pihak musuh tidak tahu mengenai kita seperti ketahanan mental dan dayatahan fizikal, cara kita berlatih, strategi, tektik dan teknik perang yang kita milikki.

Mengenai persoalah sama ada “Bersediakah Malaysia?”, saya amat pasti dan yakin bahawa kita sudah bersedia, bukan untuk berperang (atau menyerang) tetapi untuk mempertahankan negara apabila diserang. Adalah menjadi tugas utama angkatan tentera berlatih untuk berperang (train for war)sewaktu negara berada dalam keadaan aman. Malangnya, kesiapsiagaan ATM ini tidak dapat kita uji keberkesanannya kerana perang “is a deadly game”.

Pada 6 Mac 2011 yang lalu, sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat (HUT TD) ke 78, satu demonstrasi besar-besaran yang menggabungkan hampir semua pasokan di bawah TD telah berlangsung di Daratan Merdeka. Menteri Pertahanan menyatakan demonstrasi itu dibuat bertujuan untuk menunjukkan kepada rakyat aset yang dimilikki oleh TD. Saya beranggapan ianya lebih dari itu. Demonstrasi itu dilaksanakan untuk mempamirkan kekuatan dan kesiap siagaan anggota dan peralatan perang (men and war machines) TD.Pada masa yang sama, saya percaya demonstrasi itu dibuat sebagai satu langkah untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada angkatan tentera.

Yakinilah diri anda bahawa “ATM Boleh!”

5 comments:

canang said...

Ini yang jadi masalah rakyat kita. Suka buat perbandingan dari segi kekuatan ketenteraan Singapura dan Malaysia. Jika berterusan ini akan menimbulkan syak antara kedua negara dan rakyat akan panik. Oleh itu, kepada pemerhati2 ini agar tidak lagi membincangkan segala jenis persoalan mengenai pertahanan negara. Cukup sekadar percaya kepada kekuatan negara sendiri dan tidak meraguinya. Kita bukan hendak melaksanakan perlumbaan senjata di rantau ini tetapi lebih kepada pertahanan negara. Defensif not ofensif

krn said...

Kita tidak boleh nafikan Singapura mempunyai kekuatan tentera udara berdasarkan bilangan dan teknologi "fighter jet" yang dimilikinya. Selain itu sokongan dan perjanjian pertahanan dengan Amerika dan Israel turut membantu meningkatkan kekuatan angkatan tenteranya. Namun kekuatan yang dimilikinya adalah bersifat tangible. Dalam konteks yang sedemikian kekuatan intangible belum dapat dipastikan secara nyata walaupun kita tahu bahawa konsep total defence yang diamalkan oleh Singapura berpaksikan amalan Israel di mana dalam keadaan kecemasan keseluruhan warganegaranya boleh diatur gerak untuk pertahanan negara.

Manakala dalam konteks Malaysia kekuatan ATM bukan sahaja terletak pada nilai tangible tetapi lebih banyak bertumpu kepada nilai-nilai intangible. Walau secanggih langit, kekuatan tangible tetapi tanpa kekuatan intangible adalah sukar untuk mempertahankan kemenangan yang mungkin diperolehi oleh pihak lawan. Kemenangan berasakan tangible tidak akan bertahan lama.

Selaras dengan hubungan diplomatik dua hala saya berpendapat adalah amat sukar untuk kedua-dua negara mengisytiharkan perang secara terbuka.Tidak mungkin dua buah negara yang mengamalkan acuan sistem demokrasi tinggalan kolonial yang sama akan melancarkan perang. Malah Singapura lebih memerlukan Malaysia berdasarkan faktor sejarah.(diakui oleh LKY dalam autobiografinya)Indonesia pernah menggunakan kuasa ketenteraan ke atas Singapura tetapi Malaysia berpegang kepada kuasa diplomatik untuk terus berurusan secara berhemah.

Macam mana pun buat apa nak berperang kalau kemusnahan tersebut akan mendatangkan "collateral damage"

analyst said...

Saya yakin kita mempunyai segala keupayaan untuk mempertahankan tanah kita. Saya juga setuju dengan krn, buat apa nak perang bila kita tahu ia akan menyebabkan collateral damage.

Anonymous said...

Singapura ialah sekutu Malaysia dalam FPDA (Five Powers Defence Agreement). Rakan lain dalam FPDA ialah Britain, Australia dan New Zealand. Jadi, apa yang diperkatakan oleh artikel itu mengenai ancaman Singapura adalah tidak benar.

Anonymous said...

benar, jumlah atau canggihnya alat ketenteraan sesebuah negara bukan ukuran secara total kuat atau gagahnya mereka dimedan perang , pada akhirnya yang akan menentukan siapa pijak bumi siapa adalah individu tentera itu sendiri , alat yg canggih cuma sebagai sokongan , tapi belum tentu kecanggihan itu mampu menundukkan tentera yang sedang berperang

lihat perang vietanam , lihat perang mujahideen dengan russia , dan kini lihat perang antara Taliban dengan US , adakah mereka mampu menumpaskan gerila yang serba kekurangan itu dengan mudah ??

jangan gentar dnegan singapura , jangan risau dengan peralatan singapore , singapore hanyalah satu titik kecil bak tahi lalat dicuping telinga , jika satu nyawa tentera malaysia terkorban dimedan , seribu rakyat lain pasti bangun utk menuntut bela dan sanggup berjuang bergalang tanah , jika seratus nyawa askar malaysia terkorban dimedan , seratus ribu bersedia bangun mengangkat sejata menuntut bela !!

kita bukan bangsa penakut , kita adalah anak cucu pahlawan silam yang biasa bermandi darah dan memakan jantung pihak musuh !