Friday, June 10, 2011

PRODUK TEMPATAN UNTUK KEMENTERIAN-KEMENTERIAN DAN AGENSI PENGUATKUASAAN

Kementerian Pertahanan , Kementerian Dalam Negeri dan agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat di dalam bidang pertahanan, keselamatan dan penguatkuasaan dikehendaki menggunakan produk buatan syarikat-syarikat tempatan dalam masa terdekat ini. Keputusan tersebut dibuat di dalam mesyuarat Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan pada 6 jun 2011 lepas.

` Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang memaklumkan mengenai perkara tersebut turut menjelaskan bahawa sebarang kontrak untuk pembelian peralatan oleh Kementerian Kewangan hendaklah dibuat secara terus dengan pihak pengeluar dan bukan lagi melalui pihak ketiga .Ini bagi mengelakkan pihak ketiga meraih komisyen yang tinggi sehingga boleh membebankan pihak pengeluar.Pada masa yang sama, Kementerian Kewangan juga diminta supaya dapat melaksanakan satu sistem kontrak secara berpusat (central contract system) bagi mengelakkan persaingan diantara syarikat pengeluar produk pertahanan dan keselamatan.

Satu keputusan yang bijak oleh Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan dan pastinya akan melegakan banyak syarikat-syarikat yang terlibat di dalam pengeluaran produk-produk untuk kegunaan dalam bidang pertahanan, keselamatan dan penguatkuasaan. Sudah tiba masanya kita melihat ke dalam dan memberikan keutamaan kepada syarikat-syarikat tempatan kita dan memberikan mereka peluang untuk meningkat dan memperkasakan industri pertahanan kita. Selain menjimatkan pengaliran keluar wang akibat dari pembelian produk daripada luar negara , keputusan ini juga disifatkan sebagai sumbangan kita ke arah merealisasikan kolaborasi industri pertahanan di kalangan negara-negara ASEAN (ASEAN Defence Industri Collaboration-ADIC) sepertimana yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Menteri-menteri Pertahaan ASEAN di Jakarta bulan Mei lalu.

Pada pendapat saya, kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang terbabit tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima keputusan mesyuarat tersebut dan sedia menerima syarikat-syarikat tempatan sebagai bakal pembekal kepada produk yang mereka perlukan. Pada saya, apa yang penting kepada mereka sebagai bakal pengguna adalah dari sudut kualiti produknya.

Dasar sudah dibuat. Kini terpulanglah kepada syarikat-syarikat tempatan kita untuk menghasilkan produk-produk yang diperlukan, kalau tidak lebih baik sekurang-kurangnya standing dengan produk buatan luar negara.

2 comments:

Anonymous said...

Seingat saya , perkataan 'pihak berkuasa negara seperti ATM , PDRM harus /sebaiknya menggunakan barangan hasil keluaran industri negara ' sudah beribu kali diungkapkan , setiap menteri pertahan yg dilantik akan cakap sedemikian , ianya seolah satu perkataan wajib pada skrip yg sama .

benarkah ?

lihat saja didepan mata , apa yg berlaku adalah sebaliknya , kita masih terus mengimport dan mengagung2kan barang hasil dari negara luar , dalam seribu benda yg diguna ..70% adalah barang negara luar ! [ khusus ATM ]

sedangkan kita ada MIPN , kenapa produk mereka dipinggirkan sedangkan mutu dan kualiti produk mereka setanding bahkan ada kalanya lebih baik dari produk luar yg diimport itu ?

kalau begini gayanya , alamat kontraktor tempatan tidak akan kemana , lambat laun akan gulung tikar , negara sendiri tak iktiraf dan gunakan produk mereka ..

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan