Monday, August 16, 2010

PERLUMBAAN SENJATA ATAU KERJASAMA KETENTERAAN?

Saya tergerak untuk mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa Malaysia tidak perlu berlumba senjata dengan negara jiran terutama di rantau ASEAN, sebaliknya harus memperkukuhkan kerjasama ketenteraan untuk menjaga keamanaan sejagat. Beliau berkata demikian pada 2 Ogos 2010, ketika menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera Singapura, Lieutenant General Neo Kian Hong, Setiausaha Pertahanan Timor Leste Dr Julio Pinto dan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei Kolonel Yusof Abd Rahman.

Kenyataan oleh Menteri Pertahanan itu dianggap amat bertepatan dan "very timely" ekoran timbulnya dakwaan penganalisis politik dan pertahanan tentang berlakunya fenomena perlumbaan senjata (arms race) di kalangan beberapa buah negara Asia Tenggara akhir-akhir ini.Kenyataan tersebut sekaligus menjelaskan kedudukan Malaysia di dalam kancah perlumbaan senjata, yang boleh dimaksudkan sebagai satu saingan atau perlumbaan di antara 2 atau lebih negara dengan matlamat untuk mencapai keunggulan ketenteraan melebihi saingannya.

Perlumbaan senjata berlaku antara lainnya kerana, "we always live in fear and distrust of one another in a dark world of our own making. Where there is no threat we will create one to legitimise a strong military capability. Where there is indeed a credible threat, we will magnify it if need be to suit our own interests. We will arm ourselves to the teeth many times over when we can afford it, and oblige others to do the same to the best of their ability". Kenyataan ini dipetik daripada ucapan perasmian 15th Asia Pacific Roundtable 2002 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perlumbaan senjata di kalangan negara-negara yang berkonflik boleh menimbulkan ketegangan yang berakhir dengan peperangan (terhad atau terbuka) khasnya apabila pihak yang berkonflik secara sewenang-wenang menggunakan arsenal ketenteraan ke atas pihak musuh mereka. Kejadian seumpama ini pernah berlaku di rantau Asia Timor dan Asia Selatan.

Kerjasama ketenteraan bukanlah alternatif kepada perlumbaaan senjata kerana tidak ada hubung kait antara keduanya. Namun, seperti kenyataan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam 14th Asia Pacific Roundtable 2000, kita perlu melakukan anjakan daripada "adversial security to cooperative security" dan anjakan daripada " a focus on a narrow military security to a focus on a wider, comprehensive security" jika sekiranya kita menghendaki keadaan keselamatan yang lebih "durable" di peringkat nasional, serantau dan juga global.

Kerjasama ketenteraan di kalangan negara-negara serantau memang telah lama di laksanakan, sama ada secara dua hala mahupun secara pelbagai hala. Ia mencakupi ruang lingkup yang amat luas: antaranya termasuk program pertukaran pegawai/anggota, tawaran kursus/latihan, pertukaran maklumat, latihan dan operasi bersama. Tidak dapat dinafikan bahawa menerusi kerjasama ketenteraan ini dapat memberi "nilai tambah" kepada pasukan tentera yang menyertainya dalam bentuk peningkatan tahap profesionalisme ketenteraan. Namun, apa yang lebih penting ialah kerjasama ketenteraan ini mampu untuk menjalinkan hubungan silatur-rahim di kalangan mereka yang terlibat, membolehkan mereka untuk berkomunikasi sesama mereka dan akhirnya meningkatkan tahap keyakinan (confidence level) di kalangan pucuk pimpinan tentera yang menyertai kerjasama ketenteraan berkenaan.

Dalam konteks diplomasi ketenteraan, pentingnya hubungan ini adalah untuk memudahkan sebarang bentuk perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu dua hala yang berbangkit. Keakraban hubungan ini menjadi pendokong kepada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh kepimpinan negara. Disebabkan inilah, Malaysia sentiasa menjadi keutamaan lawatan pimpinan tentera di kalangan negara ASEAN.

Sememangnya, apa yang sedang diusahakan secara individu mahupun secara kolektif oleh setiap negara anggota ASEAN adalah ke arah membentuk suasana keselamatan yang lebih bersifat bekerjasama dan komprensif (cooperative and comprehensive security) dan bukan sesuatu yang bersifat bermusuhan (adversary).

8 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sir, what you said is 100% truth. Unfortunately some of our citizens fail to view your point from defence diplomacy prespective. Even to the extend denial of the existence of defence diplomacy. The good example of Cooperative and Comprehensive Security should be viewed on Preah Vihear dispute between Cambodia and Thailand. ASEAN are working together to overcome the issues in diplomacy way. It's shows that while ASEAN members modernizing his armed forces yet they prefer to have table talk to solve the issue.

Skidrow Cross-Finger said...

Does the other ASEAN nation agree on this colaborations? Are we ready to share our military knowledge with others or likewise? Its every man for himself and i hope that this is not just another day dream story told by our government.

SugarBrain said...
This comment has been removed by the author.
SugarBrain said...

I personally do not see that arms race is occurring, for the following reasons:

1. Both countries are members of the FPDA (with Singapore), MERTAK BERSATU/MALBRU with Brunei and as such participate together on various joint training exercises regular basis. If one is looking at a potential adversary, one does not train with them.

2. Given the relative balance of forces, I believe most would consider one nation to have a more modern and capable force than the other already. An arms race occurs when two (or more) countries of near parity attempt to surpass the other. If there is no parity between the forces, then an arms race cannot occur.

" Global arms transfers during the five-year period grew 22%, with Asia and Oceania the biggest recipients accounting for 41% of the total"

-quoted from SIPRI Report

What evidence is there to support claims of an "arms race" between Singapore and Malaysia? I see evidence of replacement or expansion of capabilities throughout the region, but nothing that could credibly be called an arms race?

Anonymous said...

Sikap provokatif angkatan tentera negara jiran terutamanya Indonesia dan Singapura kepada ATM di kawasan sempadan perlu diambil perhatian dalam pembentukan kerjasama ketenteraan.

GEMABERSUARA said...

Perlumbaan senjata atau kerjasama ketenteraan...perkara tersebut sering bergema di media-media arus perdana dan media alternatif..namun perkara tersebut sebenarnya adalah akibat dari perolehan kelengkapan ketenteraan yang melampau oleh sesebuah negara yang boleh dikatakan tidak logik jika hendak dibandingkan dengan ancaman semasa. rantau asia tenggara boleh dikatakan suatu rantau yang stabil dan harmoni namun akibat nila setitik maka perlumbaan senjata atau ape pun perkataan yang digunakan akan tetap berlaku. banyak negara dirantau ini menggunakan alasan permodenan dan mengikut peredaran zaman namun hakikat sebenar tepuk dada tanya hati....sekian

Skidrow Cross-Finger said...

mmg kena lumba pon, baru taw sapa terror.. hang kata hg terror!