MALAYSIA TAWAR KERJASAMA PENGELUARAN SENAPANG M4
KEPADA INDONESIA DAN THAILAND
Malaysia telah menawarkan kerjasama bagi pengeluaran senapang jenis M4 kepada Indonesia dan Thailand. Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahidi Hamidi kerjasama tersebut boleh dilaksanakan dalam bentuk pemilikan saham bersama ataupun dalam bentuk yang lain, termasuk memberikan hak kepada Indonesia dan Thailand untuk mengeluarkan komponen kepada senapang berkenaan. Bahkan, menurut maklumat yang diperolehi, salah satu komponen iaitu picu senapang bakal dikeluarkan oleh Indonesia.
Malaysia sedang dalam proses menggantikan senapang jenis M16 kepada M4. Buat masa ini syarikat tempatan yang diberi lesen oleh Syarikat Colt , pengeluar asal senjata berkenaan di Amerika Syarikat sudahpun memulakan pengeluaran pertama senapang M4 dan dijangka sebanyak 20,000 laras boleh disiapkan pada akhir tahun ini untuk kegunaan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kerjasama yang ditawarkan oleh Malaysia kepada Indonesia dan Thailand dalam pembuatan/pengeluaran senapang M4 ini merupakan langkah pertama ke arah merealisasikan pelaksanaan Kolaborasi Industri Pertahanan ASEAN (ASEAN Defence Industry Collaboration –ADIC) sebagaimana yang disepakati oleh kesemua Menteri Pertahanan ASEAN sewaktu mesyuarat ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) di Jakarta awal bulan Mei lalu.
Sekiranya tawaran Malaysia ini diterima oleh kedua buah negara berkenaan, kerjasama ini bakal menjanjikan pulangan ke atas pelaburan (return on investment) yang amat memberangsangkan kepada negara –negara peserta. Secara anggaran kasar, Malaysia memerlukan lebih kurang 100,000 laras , manakala Thailand memerlukan sekitar 300,000 laras dan Indonesia mungkin memerlukan jumlah yang lebih daripada Thailand. Seandainya timbul keperluan untuk menggantikan senjata M16 dengan M4 di seluruh ASEAN, anggran kasar yang diperlukan mungkin melebihi 1 juta laras.
Dilihat secara menyeluruh, Kolaborasi Industri Pertahanan ASEAN ini boleh disifatkan sebagai satu “platform” yang mampu menyumbang kepada keupayaan pertahanan ASEAN selain membantu mengurangkan kebergantungan kepada kepakaran dan pengeluaran negara-negara luar. Menurut Datuk Seri Dr Zahid, pada masa ini negara-negara ASEAN membelanjakan AS$25 billion (RM 76 billion) setahun untuk membeli peralatan pertahanan dari negara-negara pembekal dari luar rantau. Dengan adanya kolaborasi ini serta meningkatnya industri pertahanan ASEAN, kos perbelanjaan tersebut dapat dikurangkan separuh menjadi AS$12.5 billion (RM38 billion) setahun.
Sunday, May 29, 2011
MALAYSIA TAWAR KERJASAMA PENGELUARAN SENAPANG M4 KEPADA INDONESIA DAN THAILAND
Posted by ben sungib at 9:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Pada pendapat saya, senjata M4 sememangnya tidak perlu diragui kemampuannya. Ini terbukti apabila tentera marin Amerika telah acap kali menggunakan M4 dengan berkesan dalam pelbagai situasi peperangan dan rupa bentuk bumi. Walaupun begitu, ingin saya tegaskan bahawa karbin M4 bukanlah senjata yang terbaik yang berada di pasaran.
Dalam ujian tembakan yang dilakukan oleh tentera Amerika pada 2007 di Aberdeen Proving Ground, mendapati 98% peluru daripada 60000 berjaya ditembak menggunakan M4 tanpa tersekat. Terbukti bahawa mitos M4 senang tersekat adalah sama sekali tidak berasas. Memang benar M4 berasal daripada M16 yang selalu bermasalah di hutan Vietnam, tetapi harus diketahui bahawa tentera Amerika telah lama menggunakan peluru jenis belerang batang bagi menggantikan peluru belerang bebola bagi mengatasi masalah laras tersekat. Walaupun begitu, harus diingat bahawa dalam ujian ini M4 masih kalah kepada FN SCAR dan HK416.
Sesetengah pihak mendakwa bahawa karbin M4 bersifat serba-boleh. Terdapat begitu banyak aksesori yang boleh dipasang daripada lampu, kanta optikal, penanda laser, bayonet, pelancar grenad dan pelbagai lagi aksesori moden yang lain. Harus diketahui bahawa aksesori-aksesori itu juga boleh dipasang pada raifal moden yang lain. Kebanyakan raifal moden juga menggunakan landasan Picatinny/Nato sekaligus membolehkan aksesori-aksesori tersebut dipasang/diganti dengan mudah.
Selain itu, tentera Amerika telah menjalankan program untuk mengganti M4 daripada inventori mereka. Sekiranya berjalan lancar, kita tidak dapat bergantung kepada Amerika untuk membekalkan naiktaraf senjata. Program ini dirancang bukanlah sebab M4 sudah hilang bisa, tetapi memang sikap mereka mengganti yang lama dengan baru sesuai dengan kemunculan teknologi baru. Maka persoalannya adalah adakah industri tempatan kita mampu menggalas cabaran ini atau adakah kita sanggup menghabiskan ringgit lagi membeli senjata baru?
Saya juga merasakan bahawa berita-berita yang mengatakan terdapat beberapa negara jiran berminat untuk membeli senjata M4 daripada kita atau berminat menghasilkan bersama M4 adalah jauh menyimpang daripada kenyataan. Sekiranya benar kita serius untuk membuat produksi bersama, maka adalah logik jika ATM bertanya dahulu kepada TNI dan RTAF jika M4 menepati kehendak mereka sebelum kita membeli M4. Kita beli M4 dahulu dan kemudian baru bertanya kepada mereka sama ada senjata ini sesuai untuk mereka. Mengapa kita memilih jalan terbalik?
Saya berpendapat senjata tempur buatan anak tempatan sendiri bukanlah suatu yang mustahil. Sekiranya Pindad boleh menghasilkan SS-2 dan CIS boleh menghasilkan SAR-21, mana hilangnya semangat "Malaysia Boleh"? Memang benar membangunkan senjata sendiri memerlukan belanja besar dan masa yang lama, tetapi hakikatnya kita berkemampuan daripada segi kepakaran dan belanja.
Isu masa pula sepatutnya tidak timbul. Adakah baru semalam TDM sedar bahawa Steyr perlu diganti maka hari ini perlu tergopoh-gapah mencari ganti? Cadangan saya TDM seharusnya mengemukakan rancangan menggantikan Steyr beberapa tahun lebih awal. Dengan ini, diharapkan syarikat-syarikat tempatan lebih bersedia untuk membangunkan senjata mengikut acuan TDM. Sekiranya senjata dibangunkan tidak menepati kehendak TDM, maka tindakan pembetulan boleh diambil oleh syarikat terbabit berdasarkan maklum balas TDM.
Atas sebab-sebab ini saya berpendapat bahawa pembelian M4 adalah salah satu lagi kesilapan kita. Bukanlah kerana M4 kurang canggih, tetapi mengapa hingga kini meskipun telah melabur berjuta-juta ringgit dalam projek Steyr, kita masih tidak berupaya menghasilkan raifal buatan sendiri.
apa yang terjadi adalah sikap "orang yang berkuasa" di kalangan kita biasanya hanya berminat dengan sesuatu yang mudah dan segera, bagi "orang yang tidak berkuasa" pula mereka mempunyai idea dan perancangan yang baik tetapi siapa akan mendengar? secara peribadinya saya berpendapat sistem pendidikan kita gagal melahirkan generasi yang patriotik kepada negara seperti negara jiran, wang dan material menjadi perkara utama mengatasi agama, bangsa dan negara. tidak ada naib johan dalam peperangan. disamping mengelakkan perang, kita juga sepatutnya menggentarkan setiap kumpulan yang mahu mencabar kekuatan kita dengan persenjataan yang mampu bertindak dalam apa jua keadaan.ianya cuma mampu direka apabila kita mendapat sokongan padu dari "orang yang berkuasa", maka dengan itu akan ada program-program ke arah itu sama ada dari segi kajian dan pembangunan (R&D)untuk menghasilkan raifal tempur negara, ianya bukan sahaja berkenaan dengan raifal tempur itu malah aksesorinya juga mestilah dibangunkan.
secara peribadi , saya sering tertanya kenapa kita sering membuat pembelian silap ?
setelah bertahun dibeli , setelah bertahun diguna barulah kita sedar ..ooo silap !
lalu kita pun tergesa menukar , dengan alasan yg disulam perkataan indah , bertahun setelah itu episod lama berulang , silap lagi !
setelah merdeka selama 54 tahun , kenapa sehingga kini kita tidak mampu membuat hatta selaras pun senapang sendiri , buatan sendiri dan nama sendiri ?
singapura boleh buat , Indonesia boleh buat , Thailand boleh buat ..kenapa malaysia tak mampu buat ?
sekurang2nya , jika kita mampu buat senapang sendiri , kita akan mampu menjimatkan jutaan ringgit untuk membeli senapang produk luar , atau apakah pihak ATM memang telah diprogramkan sebagai hanya pihak pengguna produk luar ?
ternyata sehingga kini kita tiada satu pun produk 'senjata' sebagai kebangaan negara bangsa , seperti adanya Proton atau KLCC dan sebagainya ..
secara lojiknya , negara Indonesia atau Thailand tdk akan merendah diri mengikuti kehendak malaysia , untuk apa mereka berkerjasama sekadar hasilkan 'picu' sedangkan mereka telah ada selaras senjata yg sepenuhnya adalah hasil negara mereka ?
M4 memang baik dan berkualiti ..
tapi HK416 lagi baik dan lagi berkualiti !
kenapa kita masih terbelenggu dan terikat dengan mitos bahawa produk asal US semestinya baik dan mengalahkan produk dari negara lain?
seolah kita pandang hanya sebelah mata pada senjata dari negara lain !
hakikatnya terlalu banyak benda dan perkara dalam kementerian yang harus ditegur dan diperbaiki , tak usahlah kita berselindung disebalik nama 'rahsia ' atau kerahsiaan untuk mengelak umum daripada mengetahui dan bersuara , kalau adapun suara2 yg menyakitkan telinga , segala itu adalah atas nama sayang dan cinta negara , pun adakah kementerian sanggup mendengarnya ?
jika tidak , alamat sampai bila pun , kita akan tetap ditakuk dan tahap sebegini ..
Msia ni paling top negara rasuah. Bila rasuah bermaharajalela tunggu ajr kehancuran sbb kaum munafiq dan penyokong mereka yg sabotaj kemakmuran negara. Nak buat kemakmuran kena ada asas kejujuran dan amanah. Klu xde lupekan soal kemakmuran selesaikan dulu kepincangan kepimpinan
Betol2..dari 1981 asyik rahsuah,asyik kroni..last2 habuk pun tarak..kan
Post a Comment