Thursday, June 23, 2011

2058 PENCEROBOHAN RUANG UDARA MALAYSIA OLEH SINGAPURA

Pesawat-pesawat Tentera Udara Republik Singapura (TURS) telah melakukan sebanyak 2058 pencerobohan ruang udara Malaysia sejak 2008. Demikian penjelasan Menteri Pertahanan ddalam sesi soal jawab di Parlimen beberapa hari yang lalu. Menurut beliau, sebanyak 985 pencerobohan ruang udara telah direkodkan pada tahun 2008 (purata 164 kejadian setiap bulan), manakala bagi tahun 2009 pula adalah sebanyak 1,286 kejadian atau purata sebanyak 107 kejadian bagi setiap bulan. Statistik pencerobohan bagi tahun 2010 telah menurun secara drastik kepada 218 kejadian atau 18 pencerobohan bagi setiap bulan manakala sehingga bulan Mei 2011, sebanyak 19 kejadian telah direkodkan.

Pencerobohan ruang udara negara oleh pesawat-pesawat TURS bukanlah merupakan satu aktiviti yang baru. Ia telah berlaku sejak begitu lama dahulu, mungkin sejak Singapura berpisah dari Malaysia dan setelah republik tersebut menubuhkan angkatan tentera udaranya.

Kita faham masalah yang dihadapi oleh Singapura di mana kedudukan pangkalan TURS yang begitu hampir dengan sempadan negera di bahagian selatan dan juga ruang udaranya yang sempit. Kita juga maklum bagaimana Singapura sering menggunakan alasan untuk mendapatkan kelulusan menggunakan ruang udara Malaysia untuk kegunaan pesawat TURS sebagai "leverage" atau kuasa tawar menawar dalam apa juga perbincangan dua hala yang membabitkan Malaysia dan Singapura. Namun, sepertimana penjelasan Menteri Pertahanan, ruang udara yang sempit bukanlah satu alasan yang boleh diterima bagi mewajarkan Singapura menceroboh ruang udara Malaysia.

Seperti kejadian-kejadian seumpamanya yang berlaku sebelum ini, apa yang boleh kita lakukan ialah dengan menghantar nota 'bantahan diplomatik' melalui Kementerian Luar Negeri kepada Kementerian Luar Negeri Singapura setiap kali berlakunya insiden sedemikian.

Bercakap tentang nota 'bantahan diplomatik' ini, teringat saya satu insiden sekitar awal tahun 1990an di mana pihak Singapura telah menafikan segala dakwaan yang dibuat oleh Malaysia dan menuntut supaya setiap bantahan disertakan dengan bukti termasuk tarikh dan masa serta kordinat (co-ordinates) di mana pencerobohan tersebut berlaku. Kita akur dengan tuntutan tersebut demi untuk memperkukuhkan segala dakwaan kita dan terpaksa menubuhkan pos-pos pemerhati untuk mendapatkan bukti-bukti yang dikehendakki. Pada masa yang sama juga, kita terpaksa menerima rungutan daripada penduduk-penduduk di kawasan-kawasan yang kerap diceroboh tentang kesan yang mereka terima dari pencemaran bunyi (sound pollution).

Saya percaya setiap nota 'bantahan diplomatik' yang dimajukan kepada kerajaan Singapura kini disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh. Namun, saya juga yakin bahawa setiap nota bantahan yang diterima hanya disimpan untuk tujuan rekod sahaja tanpa memikirkan apakah langkah-langkah yang sewajarnya perlu dilakukan untuk mengelakkan pencerobohan ruang udara Malaysia tidak berulang.

Inilah dilema yang dihadapi oleh Malaysia dalam menangani karenah oleh sebuah negara jiran paling hampir dengan kita, Kerapnya berlaku pencerobohan ruang udara seperti tahun 2009 boleh dianggap sebagai satu "irritant" dalam hubungan dua hala Malaysia-Singapura.Namun, kita juga terpaksa menerima realiti bahawa penghantaran nota 'bantahan diplomatik' untuk menyuarakan ketidak senangan kita hanyanyalah satu formaliti dalam urusan hubungan antara negara. Dalam konteks ini, benar seperti kata mantan Perdana Menteri , sama ada Tun Mahathir Mohammed atau Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa;

" Negara jiran terdekat tidak semestinya menjadi rakan karib kita "

13 comments:

Anonymous said...

BACA BLOG NI http://kobatpr.blogspot.com/

baie2040 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sudah menjadi satu pengetahuan umum bahawa singapura memang terlalu sering menceroboh ruang udara negara malaysia , dan mereka seringkali memberikan alasan yg serupa apabila malaysia membuat bantahan diplomatik

lalu sampai bila perkara ini akan berulang ? sampai kiamat ??

apa salahnya sesekali Malaysia menunjuk tegas dan keras ? apa salahnya sesekali TUDM buat penerbangan pesawat tempur dengan aksi menakutkan , jangan temabk ..jgn lepaskan tembakan , cuma buat aksi 'seram ' kepada pesawat singapura !!

saya pasti sekiranya pihak Malaysia yg menceroboh ruang udara singapura , mereka pasti bertindakbalas dengan gerakan2 yg keras , dengan segala cara akan bawa kes itu kepada dunia !

kenapa kita terlalu baik ? kenapa kita terlalu lembut ? kenapa kita terlalu diplomasi sehingga segala 'kebaikan' kita itu menjadi dosa dan beban kepada negara ??

Anonymous said...

sudah tiba masanya pihak ATM berubah , sudah tiba masanya pihak ATM belajar bagaimana untuk menjadi tidak jujur , bagaimana menjadi kiasu dan bagaimana menjadi kurang ajar !!

apa guna hanya menunjuk gagah pada setiapkali perbarisan hari merdeka , apa guna mempamer segala senjata dan peralatan dalam media , konon ATM jaguh terbilang ! hebat disegani kawan dan lawan ! dah terbukti ke belum ??

ruang udara adalah satu maruah negara , sempadan darat juga maruah negara , sempadan lautan juga adalah maruah negara , tanggungjawab ATM ialah melindungi perbatasan ini dari dimasuki anasir musuh , tetapi ...kalau pihak singapura dengan angkatan udaranya dengan mudah menerbos memasuki ruang udara malaysia , berulang kali ! tanpa dicabar atau tanpa upaya utk membendungnya , maka bermakna ATM telah gagal dalam sumpah dan tanggungjawabnya !!

Anonymous said...

Dato'

Ini semua cerita lama, MKN tak ada `telor atau telur' utk menjelaskan perkara ini Or even Menteri Pertahanan can`t afford to say it in public. He is so busy with his agendas `pertahankan kedudukan politiknya' and he got no guts to deliver it in parliment as what happened before on chinese `patriotic issue'.

It`s so sad to sollow this. This show our weakness and Menteri Pertahanan must do something.....

MOH KEMBARA said...
This comment has been removed by the author.
MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Dato,
balas ziarah. Tima kasih menziarah blog saya.
I believe our love-hate relationship dgn Spore akan berterusan sehingga dunia kiamat. They can't live without us, we can't bear to be with them but we still need to tolerate them.
Maruah?
Apa ke hei...Batu Putih terlepas, Tanjong Pagar pun lesap, without a shot being fired!

Aku laa said...

wahhhh...... jumlah yang banyak tu.. disitulah kelemahan tentera Singapura, pencerobohan mereka diketahui. Ehmm..kita pulak tidak pernah mendengar bantahan dari pehak mereka. Apakah mereka tidak mengetahui atau buat 'diam-diam' saja.

Anonymous said...

kita ada pesawat sukhoi, tunjukkan pada mereka tentang kemampuan TUDM kita. tembak jatuh pesawat super honet mereka dan kemudian dgn selamba kita beritahu mereka bahawa mereka telah dgn sengaja menceroboh ruang udara kita. insya Allah, mereka akan gerun dgn kita..

abuamir said...

ATM kena persiapkan bateri pertahanan udara terutama AAM jarak sederhana. Kemudian bila jet mereka menceroboh cuba kita "lock target" tengok mengelabah ke tidak dia. Kita hendaklah menjaga wilayah negara kita sebagai maruah kita.

Anonymous said...

Tidak hairanlah KOMANDO Malaysia pernah menceroboh Singapura.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)