Beberapa petikan berita mengenai pembangunan dan pemodenan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menarik perhatian saya untuk membincangkan mengenai sistem pertahanan udara yang bakal kita miliki di masa hadapan.
Sewaktu menganugerahkan “sayap” kepada juruterbang-juruterbang TUDM pada bulan Mac lalu, Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Rodzali Daud mengumumkan TUDM masih meneruskan rancangan untuk memperoleh pesawat-pesawat AWACS yang dirancang pembeliannya sejak Rancangan Malaysia Ke 7 (1996-2000). Menurut PTU, dengan adanya pesawat-pesawat AWACS itu kelak, pengurusan ruang udara negara akan menjadi lengkap sepenuhnya. Dalam temubual dengan akhbar The Sun pada bulan Mei 2011, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi turut menjelaskan bahawa pembelian pesawat-pesawat AWACS ada di dalam perancangan pihak kerajaan.
Terakhir, sempena sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TUDM yang ke 53 pada 1 Jun 2011 lalu, PTU mengumumkan bahawa TUDM bakal menerima secara berperingkat aset baru yang termoden dan berteknologi tinggi bagi memperkasa dan mempertingkatkan sistem persenjataan serta radar pertahanan udara negara. Tegas PTU, sistem senjata dan radar ini mampu memantapkan pengawasan dan pertahanan udara dari sebarang bentuk pencerobohan oleh pesawat asing.
Kerajaan belum mengumumkan rancangan pembelian pesawat-pesawat berkenaan dalam masa terdekat ini namun, pihak akhbar sudah pun membuat spekulasi bahawa TUDM bakal memiliki skuadron Airborne Early Warning (AEW) tidak lama lagi. Pihak akhbar turut membuat ramalan , sistem radar jenis ‘Erieye’ buatan Sweden dijangka menjadi pilihan TUDM untuk dipasang sama ada di pesawat EMB 145 buatan Brazil atau Saab 2000 buatan Sweden.
Benar atau tidak laporan akhbar itu , saya sudah dapat bayangkan bahawa pertahanan udara negara pasca-2014 akan menjadi lebih mapan berbanding dengan apa yang kita miliki sekarang ini. Mengapa pasca-2014? Kerana, sepertimana jaminan PTU, sistem radar yang akan dipasang di seluruh negara menjelang 2014 mampu beroperasi setiap saat dan berupaya untuk melaksanakan tugas mengawas ruang angkasa negara tanpa mempunyai ruang kebolosan. Menurut seorang “blogger” sistem radar yang bakal diterima iaitu model Ground Master 400 (GM400) buatan Thales yang mampu mengesan dan mencari sasaran sejauh 390 – 420 km dengan ketinggian lebih dari 33,000 meter.
Perolehan pesawat-pesawat AEW pula akan memberi nilai tambah kepada usaha pengawasan udara negara kerana ia boleh bertindak sebagai “eye in the sky” atau “mobile air observation post”. Sistem radar “Erieye” yang dilapor bakal menjadi pilihan TUDM itu contohnya berkeupayaan mencari dan mengenal pasti pesawat “kawan” atau “lawan (IFF) pada jarak 350 km walaupun pesawat berada di kedudukan paras rendah. “Erieye” juga mampu mengesan dan menjejaki sasaran udara dan laut sehingga jarak 450km melepasi sempadan negara jiran.
GM 400 dan pesawat-pesawat AEW saya anggap sebagai lapisan pertama kepada sistem pertahanan udara kita kerana kemampuan kedua aset mengesan objek pada sasaran yang jauh. Pada masa yang sama, walaupun ada pihak yang menganggap penggunaan sistem radar milik Tentera Darat (TD) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak lagi “relevan” (kerana keupayaannya lebih terhad), kita masih boleh memanfaatkannya untuk menyokong fungsi GM 400 dan pesawat-pesawat AEW.
Itulah persepsi saya dari sudut sistem radar bagi tujuan pengawasan ruang udara kita. Tetapi, pertahanan udara bukan setakat mengesan dan menjejaki pesawat-pesawat musuh yang menceroboh ruang udara negara. Sebaliknya, pertahanan udara turut merangkumi tindakan mengesan pesawat-pesawat asing yang bersikap “hostile” dan membayangi (shadowing), menghambat (pursuit) dengan tujuan mengusirnya keluar dari ruang udara negara atau memusnahkannya. Di sinilah peranan pesawat-pesawat pejuang milik TUDM yang saya anggap sebagai lapisan kedua kepada sistem pertahanan udara kita.
Dalam konteks yang sama, walaupun dalam kemampuan yang terhad, TD dan TLDM juga mempunyai peranan dalam melindungi ruang udara negara. Rejimen Artilei Pertahanan Udara mempunyai aset yang tidak kurang canggihnya untuk memberikan bantuan dari segi tembakan pertahanan udara aras rendah (PUAR). Begitu juga dengan TLDM. Kapal-kapal TLDM yang dilengkapi dengan sistem persenjatan termasuk misil permukaan ke udara (SAM) boleh turut membantu peranan utama yang dimainkan oleh TUDM. Peranan oleh Rejimen Artileri Pertahanan Udara dan TLDM saya sifatkan sebagai lapisan ketiga kepada sistem pertahan udara kita.
Begitulah gambaran saya mengenai sistem pertahanan udara negara pasca-2014. Sebagai rumusannya, pada pandangan saya sistem pertahanan udara perlu bersifat ‘berlapis-lapis’ (multi-tiered). Kita tidak seharusnya meragui kemampuan lapisan pertama dan kedua untuk mengawasi dan mempertahankan ruang udara kita, tetapi kita tidak seharusnya mempunyai walau 1 peratus pun “margin of error” kerana peratusan yang sekecil itu mungkin memberikan impak yang besar kepada negara.
Tanggungjawab mempertahankan ruang udara juga perlu ditanggung secara bersama oleh TD, TLDM dan TUDM. Kecil atau besar tanggungjawab yang bakal dipikul oleh sesuatu perkhidmatan adalah perkara kedua kerana pembabitan ketiga-tiga perkhidmatan tersebut adalah konsisten dengan doktrin ‘peperangan bersama’ (jointness) yang diamalkan oleh ATM dewasa ini. Sehubungan dengan itu juga, pertahanan udara perlu ada unsur ‘kesepaduan’ (integrated) untuk membolehkan setiap aset pertahanan udara dimobilisasi dan ditempatkan di bawah satu sistem pemerintahan, kawalan, komunikasi dan perisikan (C3I).
Dalam suasana aman , amalan biasa yang dilakukan apabila berlaku pencerobohan ruang udara kita oleh pesawat negara asing ialah dengan menghantar ‘nota bantahan ‘ oleh Kementerian Luar Negeri kepada negara yang berkenaan . Keadaan dalam masa perang amat jauh bezanya. Kita perlu bertindak secara ofensif demi mempertahankan ruang udara kita sebagai salah satu pintu masuk utama ke dalam negara.
Ada pendapat mengatakan “whoever rules the air, rules the ground”. Dengan adanya sistem pertahanan udara pasca-2014 ini kelak saya rasa kita mampu menguasai ruang udara kita daripada sebarang bentuk ancaman luar demi mengekalkan kedaulatan negara.
Friday, June 17, 2011
SISTEM PERTAHANAN UDARA NASIONAL PASCA-2014 YANG LEBIH MAPAN
Posted by ben sungib at 12:06 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Pada saya , apa yg seharusnya diberi keutamaan oleh pihak ATM dan pemerintah khususnya , ialah Unit pertahanan udara [GAPU ] dan pesawat pemantauan awal AEW .
kerana ternyata kita masih lemah dalam dua perkara ini , senjata pertahanan Udara kita hanyalah senjata yang kuasa dan jarak tembakannya adalah sangat dekat , malah dalam hanya beberapa jenis !
pesawat amaran awal juga seharusnya diberik keutamaan , pada zaman canggih ini , kita tidak mampu hanya bergantung pada radar bumi , secanggih manapun radar bumi yg ada , hendaklah juga mempunyai radar lain seperti pesawat amaran awal ini , mudah2an malaysia akan perolehi pesawat ini dalam masa yg terdekat !
Kita perlu melihat Sistem Pertahanan Udara Nasional ini secara menyeluruh serta dinamik. PERTAHANAN UDARA itu adalah merupakan satu role. Tanggungjawab siapakah melaksanakan role tersebut? NASIONAL bermakna peringkat atau tahap. Bukan tanggungjawab Tentera semata2 malah Negara secara keseluruhannya. Adakah ianya tanggungjawab MKN? Apa pula peranan Orang Awam? Keadaan semasa, Tentera adalah operator kepada peralatan yang digunakan untuk mempertahankan udara. In future mungkin bukan sahaja Tentera kerana sistem tersebut bukan sahaja terdiri dari persenjataan mungkin melibatkan Ekonomi serta Sosial. Apa guna sistem yang super duper canggih kalau tidak boleh bertahan lama.
pada saya , apabila melibatkan keselamtan dan sekaligus barang tentera , jangan peduli cakap orang ..jangan didengar cakap pembangkang , sekiranya kerajaan nak beli , beli diam2 ! sekiranya negara perluakn benda itu ,beli saja jangan dengar apa jua kata pembangkang ,
kita tahu , dalam parlimen segalanya mahu diketahui pembangkang scara detail atas alasan wang rakyat , benarkah alasan mereka atau mereka sebenarnya spy ...agen tanpa sedar kepada pihak asing !
sekiranya kerajaan terlalu tunduk pada apa saja kemahuan pembangkang , alamat sampai bila pun kita akan begitu gitu saja , nak maju takut dicakap ...apabila mundur akan saling menyalahkan sesama sendiri , yg untung dan bertepuk tangan adalah pihak luar,
Pada hemat saya, radar coverage yang ada sekarang sebenarnya mencukupi dan berkemampuan bagi elemen2 Pertahanan Udara melaksanakan tanggungjawab mereka. Pada pendapat saya, kebolehgunaan (serviceability) peralatan tersebut patut diberikan perhatian yang serius daripada memikirkan untuk menanbah peralatan yang baru. Sebanyak mana pon atau secanggih mana pon peralatan yang di beli oleh kerajaan, jika tidak diselenggara dengan betol serta baik, kita akan selamanya menjadi bahan ketawa musuh...wallahua'klam...
suruh ZETRO dan AIROD buat maintenance sevices.... hahahahhahaah
SALAM 1MALAYSIA PD SEMUA...BAGI SAYA SENDIRI...LEBIH BAIK MALAYSIA BUAT PENAMBAHAN PD ALATAN YG BENAR2 PERLU...CADANGAN DR SAYA KERAJAAN PD HARI NI HARUS LULUSKAN SECEPATNYE PEMBELIAN BELURU PANDU JARAK SEDERHANA DAN AEWC...ASET LAIN SEMUA DH POWER...DENGAN ADANYE PENAMBAHAN ASET SEPERTI ASTER ATAU CLUB K..MUSUH PASTI FIKIR 10X NAK BUAT ONAR DGN MALAYSIA...JANGAN NAK TUNGGU SINGAPORE SERANG BARU NAK SEDIAKAN SENJATA...MASE TU DH TERLAMBAT...MUSUH MANE2 PUN YG NK BUAT ONAR DIE AKAN LIHAT DLU APE KEMAMPUAN MALAYSIA...XGUNA ADE PESAWAT TEMPUR GENERASI KETUJUH SEKALI PUN JIKA TIADA SISTEM PENGESAN AWAL AEWC DAN PELURU BERPANDU...NAK JADI NEGARA MAJU ASET TENTERA PUN PERLU SEIRING MAJU...XDE NEGARA KT LUAR SANA NAK TENGOK MALAYSIA MAJU...SEMUA DENGKI...SO DENGAN ADE NYA ASET YG AMPUH DAN MENGGERUNKAN...TAMBAHAN LG DENGAN ....KAWAN ITU BOLEH JD LAWAN...DAN JIKA KAWAN JD LAWAN KITA PUN XMUDAH DI TUNDUKKN ATAS SBB KEKANGAN KEWANGAN KEATAS ASET2 AMPUH...HARAP KERAJAAN NMPK SEMUA TU...NEGARA MAJU XGUNA KALAU ASET TENTERA XMAJU...SEKIAN..
masalahnya ialah ..masalah !
masalah kewangan negara, masalah birokrasi pihak penjual , masalah terma perjanjian, masalah pembekal, masalah segala masalah !
biar kita mencadang apa saja, kita bagi idea berbakul bakul , kalau kemeterian kewangan dengan alasan masalahnya sejak dahulu, kita hanya hisap jari !
Post a Comment